kucabojeng
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Very helpful tips.
Interview Haiwan.... EmptyWed Aug 03, 2011 9:45 pm by Guest

» Medicines Alzheimers
Interview Haiwan.... EmptyWed Aug 03, 2011 7:51 pm by Guest

» hentai alice hentai alice in sexland
Interview Haiwan.... EmptyWed Aug 03, 2011 12:02 am by Guest

» Riley Eidson Stillwater Oklahoma Drug
Interview Haiwan.... EmptySun Jul 31, 2011 3:15 pm by Guest

» Roche Mircera Drug Approval News
Interview Haiwan.... EmptyThu Jul 28, 2011 10:11 am by Guest

» 1. TASAWUF
Interview Haiwan.... EmptySun Dec 07, 2008 10:58 am by selye

» Acu tra cuba test
Interview Haiwan.... EmptySun Oct 12, 2008 11:00 am by selye

» Bagaimana mengenali Pak Pandir?
Interview Haiwan.... EmptySat Oct 04, 2008 1:22 pm by selye

» Ayam Punye Pasal
Interview Haiwan.... EmptySat Oct 04, 2008 1:20 pm by selye

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Top posters
selye
Interview Haiwan.... Vote_lcapInterview Haiwan.... Voting_barInterview Haiwan.... Vote_rcap 
Admin
Interview Haiwan.... Vote_lcapInterview Haiwan.... Voting_barInterview Haiwan.... Vote_rcap 

Affiliates
free forum
 


Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 82 on Thu Jan 27, 2011 1:56 am

Interview Haiwan....

Go down

Interview Haiwan.... Empty Interview Haiwan....

Post by selye Tue Sep 30, 2008 3:05 pm

Interview Kerang

Aku : Assalamualaikum.
Kerang : Walaikumsalam.
Aku : bau apa ni?
Kerang : Ntah.
Aku : Boleh terangkan sedikit tentang saudara?
Kerang : Saya kerang. Saya tinggal di tepi laut. Saya belum berkahwin tetapi berhasrat untuk berumah tangga dengan wanita idaman saya. Pada waktu lapang saya suke mendengar muzik dan tersengih.
Aku : Tersengih macam mana yang saudara suka?
Kerang : Tersengih macam kerang.
Aku : Bau apa ni?
Kerang : Entah la saya. saya tak bau apa-apa pun.
Aku : Ada bau busuk.
Kerang : Iya? Sebentar. Awak ada soalan lagi ke? Kalau tiada, izinkan saya undur diri. Saya sibuk hari ini, ada perkara yang ingin saya lakukan.
Aku : Saya baru mahu memulakan perbualan kita. Bagaimanakah ciri-ciri wanita idaman saudara?
Kerang : Saya suka yang pandai tersengih dan berbau wangi.
Aku : Itu saja?
Kerang : Ya.
Aku : Selain dari itu? Contohnya yang menghormati suami, yang bersifat keibuan atau yang sedap mata memandang?
Kerang : Tak payah la. Saya ni berfikiran realistik. Saya mahu yang pandai tersengih dan wangi sahaja. Cukuplah. Saya tak minta banyak.
Aku : Wow!! Realistik sungguh pemikiran saudara. Bagaimana pula dengan muzik. Saudara suka lagu yang macam mana?
Kerang : Saya suke raggae dan ska.
Aku : Iya? Tak pernah saya dengar kerang suka ska dan raggae. Selain dari mendengar muzik dan tersengih, apa lagi yang saudara lakukan di masa lapang?
Kerang : Saya suka berkeliaran menghidu kerang yang lain, mencari wanita yang tersengih dan wangi untuk dijadikan calon isteri. Kadang kala saya melepak di warung kopi, minum, kerani mencari isteri ini amat mendahagakan.
Aku : Air apa yang sering saudara order? Air kegemaran saudara?
Kerang :Air laut.
Aku : Makanan pula? Saudara suka makan apa?
Kerang : Saya suka makan bakteria. Saudara suka makan apa?
Aku : Kerang.



Interview Kumbang
Aku: Assalamualaikum.
Kumbang: Walaikumsalam.
Aku: Selamat pagi, Encik Kumbang nampak segak hari ini.
Kumbang: Terima kasih, tapi saya wanita. Tuan boleh memanggil saya Miss Kumbang.
Aku: Bukankah bunga itu yang wanita. Kumbang itu lelaki.
Kumbang: Lelaki kepala hotak Tuan. Kalau semua kumbang tu lelaki, macam mana kami membiak.
Aku: Dengan berasmara sama bunga?
Kumbang: Inilah masalah sistem pendidikan negara, kumbang dikatakan melakukan seks dengan bunga. Kami bukan berasmara. Kami masuk dalam rahim mereka dan pusing-pusing dalam tu saja. Anggaplah kami dildo bagi bunga.
Aku: Saya kurang jelas. Kumbang memberi kepuasan seksual pada bunga?
Kumbang: Bila bunga orgasma, debunga mereka berlumur dibadan kami, lalu kami pergi ke bunga lain,masuk dalam rahim dia pula. Balik rumah, semua ahli keluarga saya berselepet dengan sebuk seks bunga.
Aku: Geli saya mendengar perkara tersebut.
Kumbang: Saya pun geli dengan tuan.
Aku: Selain dari itu, apa Miss Kumbang selalu lakukan?
Kumbang: Kegemaran saya adalah terbang melilau tak tentu arah sambil membuat bunyi bzz bzz.
Aku: Kenapa bunyi bzz bzz? Bukankah itu sifat lebah?
Kumbang: Saya dah try bunyi kokok,menghilai dan cuba mendekalmasikan puisi, tapi macam tak kena. Lagipun lebah yang tiru bunyi bzz kami.
Aku: Miss Kumbang tak marah pada lebah.
Kumbang: Tak boleh nak marah. Mereka ada sengat. Saya pasrah je lah.
Aku: Tapi, msyarakat tidak tahu yang lebah menindas kaum kumbang.
Kumbang: Masyarakat tau apa? Mereka mudah percaya. Lagipun pereka suma ingat kami berasmara dengan bunga.
Aku: Terima kasih.
Kumbang: Sama-sama.



Interview Babi
Aku : Assalamualaikum
Babi : Waalaikumsalam
Aku : Saya tak tahu pun saudari boleh menjawab salam, saya nak bagi salam tadi pon was-was.
Babi : Saya pun makhluk Tuhan.
Aku : Apa perasan saudari menjadi haiwan haram?
Babi : Tak ada apa-apa perasaan. Takdir. Saya terima. Saya seekor babi yang pasrah.
Aku : Macam mana rasa daging saudari?
Babi : Soalan apa ni?
Aku : Saya tak pernah rasa, teringin nak tahu.
Babi : Awak ni nak interview saya ke, atau nak mengajukan soalan-soalan diskrimisi,merendahkan martabat dan berbau sexual harrasment?
Aku : Cakap pasal bau, adakah benar saudari haiwan yang berbau busuk,gemuk dan pengotor?
Babi : Sabar aje lah.
Aku : Saudari suka makan lumpur dan sampah?
Babi : Tidak. Semua steroetaip tentang saya adalah salah.
Aku : Jadi apa yang benar?
Babi : Saya pembersih dan makanan kegemaran saya adalah sushi. Saya juga suka menghabiskan masa saya berlumba motor di lebuhraya.
Aku : Saudari ni babi rempit ke?
Babi : Lebih kurang begitulah.
Aku : Dengan pandangan buruk masyarakat terhadap budaya rempit, apakah saudari fikir rakyat Malaysia boleh menerima seekor babi wanita kaki rempit?
Babi : Terpulanglah kepada masyarakat untuk membuat keputusan. Saya seekor babi yang pasrah.
Aku : Bukankah merempit itu membahayakan keselamatan awam?
Babi : Sebenarnya saya seekor babi rempit yang bersopan.
Aku : Oh. Adakah saudari sedang bekerja?
Babi : Ya. Saya seekor jururawat. Kerja di hospital membuatkan saya gembira. Memang dari kecil saya berhajat mahu menyelamatkan nyawa.
Aku : Tapi, saudari tidak boleh menyentuh pesakit bukan? Kalau tersentuh. Mereka perlu menyamak pula.
Babi : Awak ni mengendalikan pesakit di hospital. Kenalah pakai rubber glove.
Aku : Jadi, saudari ni jururawat wanita kaki rempit yang bersopan dan juga seekor babi penyelamat nyawa?
Babi : Nampaknya begitulah.
Aku : Takjubnya saya.



Interview Katak
Aku : Assalamualaikum
Katak : Waalaikumsalam.
Aku : Cerah betul cuaca hari ini, ya?
Katak : Awak perli saya ke?
Aku : Tapi kenapa puan memakai payung?
Katak : Saya ni ada penyakit kulit. Tak boleh terdedah lama sangat. Saya databg inteview ni pun awak patut bersyukur. Tak payahlah nak pedas-pedas dengan saya.
Aku : Oh, iya ke? Puan dah pergi berubat?
Katak : Sudah. Saya dah usaha macam-macam, pergi berurut, pergi hospital, tapi kulit saya memang sensitif.
Aku : Puan berubat dimana?
Katak : Di hospital la. Awak berubat kat mana? Kat fun fair ke?
Aku : Boleh terang serba sedikit tentang diri puan?
Katak : Saya katak. Saya berasal dari berudu, rumah saya terletak di bawah tempurung dekat area Keramat.
Aku : Kenapa puan duduk di bawah tempurung?
Katak : Sebab kulit saya sensitif la. Awak ni bodoh ke apa?
Aku : Tapi puan, di bawah tempurung minda puan tersekat. Tak banyak yang puan boleh lihat dan pelajari. Puan terkongkong. Puan tidak boleh melihat dunia.
Katak : Nak buat apa saya melihat dunia? Saya kan katak. Kalau saya lihat dunia sekalipun, saya nak buat apa? Nak tulis dalam travelogue ke?
Aku : Mungkin juga. Apa salahnya, atau mungkin puan boleh menulis memoir.
Katak : Awal ni tak betul agaknya. Hidup saya dari zaman berudu sampai zaman katak sekejap je. Memoir saya nanti panjangnya dua setengah mukasurat je. Baik saya duduk di bawah tempurung je. Tak stress.
Aku : Apa makanan kegemaran puan?
Katak : Spagetti?
Aku : Spagetti?
Katak : Ya. Spagetti lalat.
Aku : Ada makanan Itali lain yang puan suka?
Katak : Saya juga suka makan pizza agas-agas.
Aku : Apa perancangan puan tahun ni?
Katak : Saya berhasrat untuk bertelur lebih banyak, supaya keturunan saya lebih banyak. Untuk bertelur lebih banyak saya pun boleh menikmati lebih banyak hubungan seksual.
Aku : Apa?!
Katak : Maafkan saya, saya sedikit gersang ketika ini. Awak ni solo ke?
Aku : Saya tak tahu pun katak melakukan hubungan seksual.
Katak : Habis tu awak fikir macam mana kami membiak? Mitosis?
Aku : Takutnya saya nak teruskan interview ni.
Katak : Awak ada penyakit genetik tak?
selye
selye
Tan Sri

Posts : 140
Join date : 2008-09-22

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum